Uncategorized

Cadangan guna logo PAS bukan cubaan renggang hubungan dengan PN

PAS masih bersama PN, tak tolak kerjasama parti lain

BANGI, 27 Zulkaedah 1443H, Isnin – Cadangan penggunaan logo PAS dengan imej bulan bukan satu usaha untuk merenggangkan hubungan PAS di dalam Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ketika ini PAS masih bersama PN dan pada masa sama tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak lain.

“Kita masih bersama dalam konsep Muafakat Nasional demi kepentingan nasional menyatukan rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, PAS sehingga kini belum membuat sebarang keputusan mengenai penggunaan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, penggunaan logo selain dari PAS ketika pilihan raya bukan sesuatu yang baharu.

“Belum diputuskan lagi…tengok keadaan macam mana dan perkara itu bukan sesuatu yang pelik sangat. Tahun 1974 kita pernah guna (logo) Barisan Nasional (BN). Kemudian kita guna logo kita.

“Bila tiba masanya akan ditentukan, kalau boleh guna (logo sendiri) kita akan teliti,” katanya.

Pada 24 Jun, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin dalam kenyataan membayangkan kemungkinan PAS akan menggunakan logo sendiri pada PRU15.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button