Dunia

COVID-19: Turki hantar bantuan perubatan ke India

Ia termasuk 630 tiub oksigen, 5 oksigen generator, 50 ventilator dan 50,000 kotak ubat-ubatan

ANKARA, 14 Syawal 1442H, Rabu – Sebuah pesawat tentera Turki yang membawa bekalan perubatan berlepas ke New Delhi pada Selasa, umum Kementerian Pertahanan Turki di Twitter.

Bantuan perubatan itu termasuk 630 tiub oksigen, lima oksigen generator, 50 ventilator dan 50,000 kotak ubat-ubatan, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Bulan Sabit Merah Turki, Ibrahim Altan berkata bantuan itu dihantar atas permintaan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Katanya, proses penyediaan bantuan itu hasil kerjasama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Kementerian Industri dan Teknologi serta Kementerian Pertahanan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button