Berita Utama

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal pada harga semasa

Masing-masing pada RM2.05, RM2.61 dan RM2.15 seliter

KUALA LUMPUR, 14 Syawal 1442H, Rabu – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel tidak berubah, masing-masing pada RM2.05, RM2.61 dan RM2.15 seliter, bagi tempoh 27 Mei hingga 2 Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga adalah berasaskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak, kerajaan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, sekalipun harga pasaran APM bagi RON95 dan diesel meningkat melangkaui harga siling semasa,” demikian menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button