Berita Utama

1,369 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 sejak setahun lalu

870 dijangkiti selepas terima vaksin fasa pertama

PUTRAJAYA, 15 Syawal 1442H, Khamis – Seramai 870 petugas kesihatan dijangkiti wabak COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Perkara itu dikesan selepas mereka mendapat dos vaksin menerusi fasa pertama Program Imunisas COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula akhir Februari lalu hingga April.

Ketika ini, katanya, seramai 1,369 petugas kesihatan dijangkiti wabak itu sejak setahun lalu.

“Seramai 219 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas mendapat satu dos vaksin atau 16 peratus daripada keseluruhan petugas yang dijangkiti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dr Adham berkata, bagi petugas yang sudah mendapat dua dos vaksin, seramai 651 dikesan dijangkiti COVID-19 manakala 499 lagi dijangkiti sebelum mereka mendapatkan pelalian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button