Aminuddin ulangi pendirian, GLC tak patut diterajui Ahli Parlimen
Peneraju GLC patut tumpu sepenuh jiwa, tenaga pada portfolio

PADA tahun yang lalu iaitu pada awal pembentukan kerajaan PN, saya bersama rakan-rakan gabungan NGO-NGO Islam dan Melayu yang lain telah membuat bantahan tentang perlantikan Ahli Parlimen sebagai peneraju GLC-GLC di Malaysia.
Antara yang disuarakan ialah isu integriti dalam pengurusan GLC di mana memang selama ini sudah terbukti yang Ahli Parlimen pasti akan ada kepentingan tertentu jika menjadi penerajunya.
Lebih-lebih lagi pada waktu sekarang, kerajaan sedang sangat rapuh di mana Ahli-ahli Parlimen masing-masing sedang goyah dan terlalu banyak berpolitik berlaku. Memang umum mengetahui Ahli Parlimen kerajaan masing-masing sedang terlalu sibuk berpolitik.
Seorang peneraju GLC sepatutnya menumpukan sepenuh jiwa dan tenaganya pada portfolionya itu, kerana ianya adalah amanah rakyat.
Selain itu, pengerusi GLC yang dilantik bukan hanya perlu kompeten tetapi mesti mampu memainkan peranan pembangunan negara melalui peranan GLC dlm sektor strategik dan masa hadapan.
Kita memang sangat berharap agar amalan melantik wakil rakyat sebagai pengerusi GLC dapat diakhiri satu hari nanti.
Apakah mungkin kerajaan yang bakal dibentuk pasca PRU-15 nanti boleh merealisasikan idea ini? Atau apakah mereka akan terus ulangi ‘tradisi’ yang sama sebegini seolah-olah ekonomi negara adalah mainan? Kita tunggu dan lihat.
Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
27 Mei 2021
Baca kenyataan penuh:
https://isma.org.my/glc-perlu-ditadbir-oleh-profesional-dan-teknokrat-bukan-ahli-parlimen/