Berita UtamaDunia

Perang Pedang al-Quds gagalkan rancangan jahat rejim penjajah: Hamas

Perang sasar serangan roket di seluruh wilayah diduduki, tertangguh kerana gencatan senjata

BAITULMAQDIS, 15 Syawal 1442H, Khamis – Perang Pedang al-Quds yang dilancarkan baru-baru ini adalah tindak balas pencerobohan negara haram Israel ke atas Gaza.

Pemimpin kanan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh barkata, pihaknya melakukan sokongan ke atas rakyat Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis al-Quds dan di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata, perang itu menyasarkan serangan roket di seluruh wilayah yang diduduki Israel, namun rancangan itu tertangguh disebabkan gencatan senjata.

“Hamas menegaskan bahawa pihak yang melancarkan pencerobohan itu harus bertanggungjawab ke atas gencatan senjata,” katanya.

Beliau berkata, pertempuran itu juga menggagalkan tipu daya rejim penjajah Israel untuk melakukan operasi darat di utara dan timur Gaza.

Terdahulu, gencatan senjata antara Israel dan Palestin yang dikelola oleh Mesir mengakhiri peperangan selama 11 hari.

Ia sangat signifikan kepada penduduk Palestin kerana negara pengganas Israel telah mengaku kalah kepada Hamas.

Gencatan senjata tanpa syarat itu juga menamatkan peperangan yang disifatkan sebagai paling dahsyat pernah berlaku di Gaza sejak tahun 2014.

Bagaimanapun, kurang daripada tempoh 24 jam gencatan senjata itu berkuat kuasa, rejim pengganas Israel bertindak menyerbu ruang sekitar Masjid al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.

Bahkan, mereka turut naik ke bumbung Masjid al-Qibli serta mengacu senapang ke arah orang awam yang berhampiran. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button