Pendapat

MPM mohon Agong bentuk kerajaan interim antara istana dengan rakyat

Kesemua 222 Ahli Parlimen yang dipilih didakwa telah mungkir janji

NYAWA rakyat kian terancam, ramai merasakan mereka tiada jalan keluar dari ancaman yang amat kompleks ini, lantas memilih menamatkan riyawat hidupnya. Pun tidak terdetik hati 222 pemimpin yang dipilih rakyat untuk insaf akan ujian Yang Maha Esa. Mereka memilih untuk berterusan berbalah, menegakkan benang basah, mencari salah, menepis dari mencari penyelesaian kepada kemelut yang semakin meruncing.

⮚ Mengapa kerajaan ini ditolak blok pembangkang, sejak awal lagi?

⮚ Mengapa dipertengahan jalan kerajaan ini ditolak oleh sekutu politik yang menyokongnya?

⮚ Mengapa kerajaan ini mula dijauhi istana?

⮚ Mengapa kerajaan ini mula dibenci rakyat?

⮚ Mengapa kerajaan ini ditolak sana-sini sesama mereka dalam kerajaan?

Perlukah semua persoalan itu didebatkan di sini? Tidak perlu. Setiap pembaca ada jawapan masing-masing kepada setiap persoalan itu. Akan ada di antaranya yang sependapat dan sebaliknya.

Ada yang dah hilang sabar, lantas memulakan langkah demosntrasi jalanan. Ramai yang dah lama hilang sabar, justeru memilih untuk melanggar PKP, memulakan ‘hidup baru’ bersama kerajaan yang kian lumpuh dan bertemankan COVID-19 yang semakin akrab dengan rakyat.

Jika diizinkan pasti ramai yang reda ke luar negara, mencari rezeki di mana mereka diterima berbuat demikian.

Allah SWT telah anugerahkan negara ini dengan segala kemakmuran yang diperlukan. Adakah Allah SWT tersilap dalam menentukan siapakah penduduknya dan siapakah pemimpin bagi penduduk ini? Tidak. Penduduk bumi bertuah inilah yang membuat silap, memilih pemimpin yang mengecewakan mereka, akhirnya merana dek kesilapan itu.

Pemimpin telah termakan sumpahnya sendiri. Pada 28-2-2015 mereka telah berjanji kepada rakyat negara ini, disaksikan lebih 20,00 rakyat yang berhimpun dan disiarkan secara langsung menerusi berita utama di semua saluran televisyen. Ini janji mereka yang dilapazkan di dalam tujuh amanat Pemimpin:

Kamu pemimpin, lupa kepada amanat kamu itu.

Ini seruan terakhir kepada 222 pemimpin sekalian. Kamu bertanggungjawab memakmurkan dan mensejahterakan kehidupan bangsa-ku, secara adil dan saksama dengan lain-lain suku kaum dan penganut agama. Bahawasanya, kamu sekelian menawarkan diri untuk memimpin kami dan kami menerima tawaran kamu itu dengan penuh keredhaan. Apakah ini balasan kamu, madu yang kami beri, racun untuk kami minum.

Kami pertanggung-jawabkan kepada semua 222 pemimpin yang kami pilih untuk membentuk blok kerajaan dan pembangkang. Blok kerajaan mentadbir-urus Negara manakala blok pembangkang berperanan sebagai check-and-balance. Dan kami akur bahawa blok kerajaan dan pembangkang akan silih berganti diantara kamu, asalkan kesejahteraan dan kemakmuran kami kamu utamakan.

Hakikatnya, kesemua kamu 222 pemimpin yang kami pilih, telah mungkir janji.

5 Ogos adalah hari bersejarah kepada kami. Pada tarikh inilah dalam tahun 1957, kami beri pemimpin dan pemerintah mandat untuk meterai perjanjian penerimaan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus memerdekakan negara dari penjajahan. Pada hari yang sama juga Wasiat Raja-Raja Melayu dimeterai sebagai collateral kepada Perlembagaan itu. Tapi kini, kamu 222 pemimpin pula menjadi penjajah kami, penjajah yang lebih zalim.

Maka, pada 5 Ogos 2021 ini, jika kemelut sarkas di Parlimen di kalangan kamu gagal mencapai kata sepakat mentadbir urus negara dengan sejahtera dan aman damai, kami rakyat akan tuntut pihak istana terima dan perakui Memorandum Rakyat Kepada Istana yang telah diserahkan oleh MPM, buat kali kedua, pada 12 Julai 2021 lepas. Hendaknya Majlis Raja-Raja Melayu perakuinya dan mandatkan kepada Tuanku SPB membentuk kerajaan interim iaitu Kerajaan Istana Dengan Rakyat.

Kerana, kamu 222 pemimpin yang kami amanahkan menjaga kemakmuran kami telah gagal.

Kerajaan interim ini akan mentadbir urus negara sehingga:

❖ Wabak COVID-19 terkawal sepenuhnya;
❖ Ekonomi yang lumpuh kembali pulih, malah diperkasakan;
❖ Pemimpin berpenyakit sosial bersifat mazmumah diquarantin;
❖ Pemimpin bersifat mahmudah & credible ditampilkan.

InshaAllah, menjelang 5 Ogos 2021, mimpi ngeri rakyat akan berlalu. Rakyat akan bertempik, Malaysia, the Asian Tigers!

Insaflah, mimpi ngeri pemimpin sedang menunggu.

Datuk Dr Hasan Mad
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button