Pendapat

Selamat ke naik LRT selepas ini?

Boikot LRT? Jangan buat keputusan ikut emosi tanpa ilmu

1. Adakah kita perlu memboikot perkhidmatan LRT selepas kemalangan yang berlaku dua hari lepas? Tunggu dulu, jangan buat keputusan ikut emosi tanpa ilmu!

2. Keselamatan (safety) boleh didefinisikan sebagai pembebasan dari risiko yang berlebihan (unacceptable risk).

3. Risiko pula dari segi teknikal dikira dengan menggabungkan kebarangkalian sesuatu insiden berlaku (possibility) dan impak buruk insiden tersebut (severity).

4. Sebelum saya menjawab soalan di atas, saya ingin bertanya anda semua pengangkutan mana yang lebih tinggi risiko (kurang selamat), menaiki kapal terbang atau kereta?

5. Jika kita menjawab berdasarkan emosi tentulah jawapannya kapal terbang. Tapi sebenarnya nahas yang melibatkan kapal terbang amat jarang berlaku berbanding kereta walaupun impak kapal terbang terhempas lebih tinggi dari kemalangan kereta.

6. Contohnya, statistik menunjukkan secara purata 500,000 kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia setiap tahun dengan jumlah kematian mencecah 7,000 kematian.

7. Tapi cuma ada dua nahas kapal terbang Malaysia yang berlaku tujuh tahun lepas, iaitu kapal terbang Air Asia QZ8501 (terhempas di Laut Jawa) yang mengorbankan 162 nyawa dan MH370 (hilang di Laut China Selatan) yang mengorbankan 239 nyawa.

8. Bermakna hanya ada dua nahas kapal terbang yang mengorbankan sejumlah 401 orang dalam masa tujuh tahun, berbanding 3.5 juta kemalangan jalan raya yang mengorbankan sejumlah 49,000 orang dalam tempoh yang sama. Di peringkat dunia pun, kita jugak dapat memerhatikan corak yang sama.

9. Soalan seterusnya berapa orang yang telah terkorban menaiki LRT di Malaysia selama 23 tahun lepas? Kosong.

10. Jadi, mana lebih selamat naik LRT atau kereta di Malaysia? Anda jawab sendiri!

Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button