Berita Utama

Kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di Kelantan membimbangkan

59 kes dicatat sepanjang tahun lepas berbanding 18 kes libat golongan dewasa

KOTA BHARU, 21 Syaaban 1444H, Selasa – Kes melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu dalam keadaan membimbangkan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, sebanyak 59 kes melibatkan kanak-kanak dilaporkan sepanjang tahun lepas, berbanding jenayah seksual dewasa yang mencatatkan 18 kes.

Kesal dengan perkara itu, beliau menggesa semua pihak perlu sentiasa memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak yang merupakan golongan rentan diutamakan.

“Manakala mangsa kanak-kanak perlu diberikan perlindungan yang sewajarnya,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Beliau berkata denikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu, hari ini.

Tengku Maimun berkata, di pihak mahkamah, kes jenayah seksual kanak-kanak sentiasa diberikan keutamaan menerusi pengendalian prosiding dalam mahkamah khas jenayah seksual kanak-kanak.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button