Berita UtamaDunia

Negara haram potong faedah insurans ke atas tahanan Palestin

Beri alasan tak munasabah, lebih 15 tahanan Palestin terkesan

BAITULMAQDIS, 16 Syawal 1442H, Jumaat – Negara haram Israel bertindak memotong faedah insurans kesihatan bagi membebaskan rakyat Palestin yang ditangkap di Gerbang Damsyik dan Sheikh Jarrah sejak bulan lalu.

Lebih daripada 15 tahanan yang berasal dari Baitulmaqdis Timur yang diduduki berdepan dengan pemotongan insurans kesihatan atas alasan tidak munasabah.

Setiausaha Fatah di Baitulmaqdis, Shadi Mutwar telah berjaya membebaskan tahanan Nour Shalaby, Muhammad Zughair, Osama Al-Rajabi, Rami Al-Fakhoury, Hamza Zughayer, Rokji Kilghasi dan Nasser Abu Khdeir yang semuanya menderita akibat penghapusan insurans kesihatan.

“Saya tidak hairan penduduk haram ambil keputusan tidak adil terhadap penduduk Baitulmaqdis, termasuk tuduhan, penahanan pentadbiran, pemotongan faedah insurans, pemindahan paksa dan diskriminasi kaum.

“Saya cuma terkejut dengan keputusan untuk mengusir saya dari Tebing Barat, kurang komunikasi dengan lebih dari 50 tokoh kebangsaan Palestin di Baitulmaqdis, selain memotong elaun kepada saya dan keluarga,” katanya.

Sejak serangan di sekitar Gerbang Damsyik pada 13 April lalu, lebih daripada 550 orang Palestin telah ditahan oleh rejim pengganas Israel di Baitulmaqdis yang diduduki. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button