Berita UtamaDunia

Selepas malu gagal hancurkan Gaza, Israel ancam serang Lubnan pula

‘Senarai sasaran untuk Lubnan lebih besar, signifikan daripada Gaza’: Menteri Israel

TEL AVIV, 16 Syawal 1442H, Jumaat – Selepas dimalukan di Gaza, Menteri Hal Ehwal Ketenteraan Israel, Benny Gantz kini mengancam menyerang Lubnan pula sekiranya berlaku serangan dari negara itu ke atas Tel Aviv.

Dia mengatakan bahawa serangan Israel ke atas Lubnan akan merangkumi sasaran yang lebih besar dan dahsyat daripada yang dilancarkan semasa di Semenanjung Gaza, baru-baru ini.

“Sekiranya serangan datang dari utara, Lubnan akan ketakutan… rumah-rumah di mana senjata dan operasi pengganas disembunyikan akan runtuh. 

“Senarai sasaran kami untuk Lubnan lebih besar dan lebih signifikan daripada sasaran untuk Gaza, dan rang undang-undang itu siap dilaksanakan jika perlu,” kata Gantz.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah memberi peringatan kepada Israel bahawa setiap serangan di tempat suci di Baitulmaqdis yang diduduki akan menyebabkan perang wilayah dan kehancuran rejim di Tel Aviv.

“Anda mesti tahu bahawa menyakiti Baitulmaqdis (al-Quds), Masjid al-Aqsa dan tapak suci negara Palestin, berbeza dengan serangan lain yang anda lakukan,” katanya.

Nasrallah memberi amaran bahawa serangan ke atas Baitulmaqdis bermaksud perang wilayah kehancuran Israel.

Perang di Gaza bermula pada 10 Mei dan dihentikan pada 21 Mei, ketika rejim penjajah mengumumkan gencatan senjata secara sepihak yang diterima melalui perantaraan Mesir.

Sementara itu, pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Yahya Sinwar menegaskan pada hari Rabu bahawa kumpulan pejuang Palestin mampu menembak ratusan peluru berpandu dengan jarak hingga 200 kilometer (km) ke arah wilayah yang dijajah Israel dalam satu minit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button