Pendapat

Apa lagi selepas total lockdown?

Mungkin perlukan beberapa strategi drastik sedikit luar kotak

AKHIRNYA kerajaan mengumumkan total lockdown 2.0.

Secara jujur saya menarik nafas lega walaupun kecewa dengan respond kerajaan ini lantaran ia sudah agak terlambat.

Namun total lockdown tidak menyelesaikan semua masalah yang sedang kita hadapi.

Pengurusan program vaksinasi, sistem sokongan bagi petugas kesihatan dan keselamatan serta bantuan sara hidup bagi golongan yang terjejas merupakan isu yang perlu terus diselesaikan secara bersepadu.

Kita memerlukan beberapa strategi drastik yang mungkin sedikit luar kotak seperti:

1. Meluluskan undang-undang di bawah Ordinan Darurat bagi mewajibkan pengambilan vaksin terutama bagi golongan yang berisiko tinggi.

2. Menyediakan sistem dan infrastruktur bagi pemberian vaksin secara pandu lalu (drive through).

3. Sistem pengangkutan percuma disediakan bagi golongan tua, orang kurang upaya dan sesiapa yang mempunyai masalah pengangkutan bagi menerima vaksin.

4. Memotong 20 peratus gaji para menteri, timbalan menteri dan setiap Ahli Parlimen dan potong 50 peratus gaji/elaun para pengerusi GLC setiap bulan sepanjang total lockdown untuk disalurkan kepada tabung bantuan sara hidup rakyat.

5. Mewajibkan sumbangan korporat dari semua GLC dan syarikat gergasi Malaysia yang disenaraikan di Bursa Saham. Sasarkan jumlah RM10 billion.

6. Mewujudkan tabung mega bencana di peringkat nasional bagi mengumpul crowd funding untuk disalurkan kepada golongan B40 dan para peniaga kecil/sederhana yang teruk terkesan.

7. Gencatan politik total. Para ADUN, Ahli Parlimen dan menteri dilarang menghadiri apa-apa program bersama rakyat termasuk bagi menyampaikan bantuan.

8. Tutup sempadan negara secara total dan kenakan kawalan ketenteraan ketat terhadap semua laluan tikus utama.

9. Tutup semua kilang dan hentikan semua projek pembinaan bangunan/lebuhraya. Wajibkan para majikan membayar kos mempercepat (expedition) dos vaksin bagi para pekerja yang masih perlu bekerja dalam bidang perkhidmatan genting (essential service) negara.

10. Bina sistem giliran kerja yang kurang membebankan para petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan. Beri elaun khas yang setimpal dengan mereka dan tambah sukarelawan mahir dan separuh mahir bagi membantu meringankan beban tugas mereka.

Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button