Dunia

Sanofi, GSK mula fasa 3 kajian klinikal vaksin COVID-19

Rancang pengeluaran dalam tempoh beberapa minggu lagi

PARIS, 17 Syawal 1442H, Sabtu – Syarikat farmaseutikal Perancis dan Britain mengumumkan fasa ketiga kajian keberkesanan klinikal untuk vaksin COVID-19. 

Kajian klinikal akan menilai keselamatan, keberkesanan dan imunogenik vaksin, menurut kenyataan dari Sanofi dan GSK.

Kajian kecekapan akan merangkumi lebih 35,000 peserta yang berumur 18 tahun ke atas dari Amerika, Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Syarikat itu memberitahu, dalam kajian fasa kedua, vaksin berkenaan mencapai kadar tindak balas antibodi peneutralan yang tinggi pada semua kumpulan usia dewasa, iaitu 95 hingga 100 peratus. 

Sekiranya keputusan fasa ketiga positif, vaksin itu dijangka akan dibenarkan pada suku terakhir 2021. 

Untuk memastikan akses segera pada vaksin, kedua-dua syarikat itu merancang untuk memulakan pengeluarannya dalam tempoh beberapa minggu susulan hasil positif daripada kajian klinikal. 

“Kami telah menyesuaikan strategi pembangunan vaksin kami berdasarkan pertimbangan ke hadapan, memandangkan virus terus merebak dan mungkin diperlukan pada tempoh pasca-pandemik.

“Percubaan ini adalah bukti kecekapan kami dalam membantu menangani kesan pandemik yang sedang berlaku,” kata wakil Presiden Eksekutif dan Ketua Global Sanofi, Thomas Triomphe. 

Sementara itu, Presiden Vaksin GSK, Roger Conner berkata, dia yakin penyelesaian lanjut diperlukan untuk COVID-19 bagi membantu penduduk seluruh dunia, apatah lagi ketika wabak terus menular dan varian baharu muncul. 

Syarikat Sanofi juga mengeluarkan vaksin lain iaitu Moderna, yang telah diberikan bekalan sebanyak 200 juta dos untuk Amerika Syarikat (AS) pada September lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button