Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Sewa percuma untuk peniaga Pasar Harian Selayang hingga akhir tahun

Kemudahan bagi ringankan beban peniaga

KUALA LUMPUR, 17 Syawal 1442H, Sabtu – Peniaga di Pasar Harian Selayang, di sini akan diberi kemudahan sewa percuma sehingga akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, kelonggaran itu melibatkan peniaga yang akan mula beroperasi di bangunan baharu pasar berkenaan mulai Selasa ini.

“Saya ada menerima permohonan untuk turunkan sikit kadar sewa yang dikenakan. Kita putuskan untuk beri percuma, tak perlu bayar sewa hingga akhir tahun. Semoga itu membantu..Allah memberkati,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Pasar Harian Selayang akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu pada hari Selasa ini, manakala operasi pasar sementara di kawasan itu akan ditamatkan pada Isnin.

Sementara itu, Annuar berkata, inisiatif Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah yang diumumkan sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada akan diteruskan walaupun dalam tempoh sekatan pergerakan penuh yang mula dilaksanakan Selasa ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button