Berita UtamaDunia

Tak berkesudahan, lagi penduduk Palestin ditembak mati Zionis

Ratusan sertai bantahan pengembangan penempatan negara haram di Palestin

NABLUS, 17 Syawal 1442H, Sabtu – Tentera rejim pengganas Israel menembak mati seorang lelaki Palestin ketika serangan di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Zakaria Hamayel, 28, terkena peluru ketika bantahan menentang pengembangan penempatan Israel di perkampungan Beita, selatan Nablus.

Semalam, ratusan penduduk Palestin berkumpul menyertai bantahan berhampiran Nablus.

Sementara itu, tentera Israel berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian berkenaan.

“Kami mengambil maklum laporan mengenai warga Palestin yang terbunuh. Punca kecederaan masih belum diketahui,” katanya dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, tentera rejim Zionis membunuh seorang lelaki Palestin dalam serbuan di kem pelarian Al-Amari berhampiran Ramallah.

Tentera negara pengganas itu melakukan penangkapan di Tebing Barat susulan serangan balas Israel – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) selama 11 hari bermula pada 10 Mei lepas.

Gencatan senjata di Gaza berlaku seminggu yang lalu adalah hasil usaha Mesir yang bertindak selaku orang tengah antara Israel dan Hamas.

Lebih daripada 25 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan sejak 10 Mei di Tebing Barat, yang mana kira-kira 475,000 peneroka haram Israel tinggal bersama dalam persekitaran 2.8 juta penduduk Palestin.

Tebing Barat diduduki oleh Israel sejak Perang Enam Hari 1967. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button