Berita Utama

Terengganu beri bantuan bersasar untuk penduduk PKPD

MB minta rakyat kekal tenang, sentiasa patuh arahan dan SOP

BANGI, 17 Syawal 1442H, Sabtu – Kerajaan negeri Terengganu bersetuju menyalurkan bantuan bersasar berjumlah RM420,000 kepada rakyat yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Kuala Berang dan daerah Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan itu sebagai mengambil maklum pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelaksanaan ‘total lockdown’ di seluruh negara mulai 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Beliau berkata, sebelum ini, kerajaan negeri telah menyediakan bantuan bersasar kepada daerah Besut yang dikuatkuasakan PKPD.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat untuk kekal tenang dan sentiasa mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP).

“Usah kita menuding jari sehingga mencetuskan suasana yang tidak harmoni, sebaliknya marilah kita berganding bahu dan bersatu hati untuk memutuskan rangkaian COVID-19.

“Teruskan bermunajat kepada Allah dan berdoa agar ujian ini segera berakhir dan kehidupan kita kembali normal seperti biasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button