Berita Utama

The Haaretz, New York Times siar foto kanak-kanak Palestin gugat propaganda Zionis

Usaha bebaskan Palestin perlu diteruskan melalui pelbagai saluran: WAFIQ

BANGI, 17 Syawal 1442H, Sabtu – Dua akhbar antarabangsa – yang sinonim sebagai media pro-Israel – memecahkan tradisinya apabila menyiarkan foto kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam serangan pengganas Israel di Semenanjung Gaza.

Laporan terkini akhbar Israel, The Haaretz dan New York Times menyebabkan ada pihak pro rejim ‘mengugut’ untuk membatalkan langganan ke atas media berkenaan.

Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, tindakan itu memberi isyarat bahawa masyarakat muda yang mendapat maklumat langsung serangan penjajah, semakin sukar mempercayai propaganda Zionis.

“Mereka berkemampuan menekan media perdana dan kerajaan mereka.

“Usaha membebaskan Palestin perlu diteruskan melalui pelbagai saluran,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Serangan pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza mendapat perhatian masyarakat dunia, selepas pertempuran selama 11 hari itu mengorbankan 288 orang awam. 

Serangan yang dianggap paling dasyat di wilayah itu telah membunuh hampir 70 kanak-kanak dan 40 wanita.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button