Pendapat

Kita perlukan ‘Blueprint’ pembangunan komuniti

Kepimpinan Komuniti perlu diperkasakan melalui pelaburan

1. AKTIVIS Komuniti amat memerlukan Pelan Induk Pembangunan Komuniti supaya aktiviti mereka tersusun, ada komunikasi strategik dan berimpak tinggi.

2. Persoalannya, apakah pelan induk yang boleh dijadikan rujukan pada ketika ini?

3. Di peringkat nasional, Dasar Komuniti Negara telah diluluskan oleh Kabinet pada 23 November 2018. Pelaksana dasar ini adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Walaupun dasar ini tak lengkap (kerana hanya mencakup perumahan berstrata kos rendah), ia adalah permulaan yang baik.

4. Baru-baru ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memperkenalkan satu blueprint yang dipanggil Ummah Fadhilah. Menurut ISMA, Ummah Fadhilah adalah warga tinggi nilai dan bertamadun dengan 8 ciri berikut:

i. Beragama dalam pegangan, pemikiran dan amalan
ii. Kebersamaan dalam membangunkan ummah melalui pembinaan institusi sosial
iii. Contoh ikutan yang berani dan berwibawa
iv. Bermaruah dan ‘Izzah membangunkan peradaban Islam
v. Bersatu padu dan bermuafakat membina kekuatan
vi. Ummah pencipta yang merintis kemajuan
vii. Ummah dengan hidup yang berkualiti – sihat, sejahtera dan produktif
viii. Berdikari dan bebas pengaruh asing

5. Aktivis Komuniti wajar menjadikan Dasar Komuniti Negara, Ummah Fadhilah dan apa-apa blueprint lain sebagai khazanah rujukan dalam projek-projek pembangunan komuniti. Dari khazanah tersebut, anda bangunkan blueprint komuniti anda.

6. Bukan mudah nak bangunkan komuniti sehingga jadi seperti Masjid Al-Busyro, Merbok, Kedah itu (Kudos to Tuan Firdaus Firabib!). Tak semua kariah memiliki kepimpinan seperti Pengerusinya. Dan, soalan yang penting juga adalah, “Adakah sudah wujud pelan induk pembangunan kariah yang boleh dirujuk dan dimanfaatkan oleh Nazir Masjid dan Pengerusi Surau?.

7. Jika belum ada, wajarlah kita melabur dalam pembangunan pelan ini, supaya setiap kali pengerusi surau berganti, pengerusi baharu sudah ada panduan.

8. Kerajaan dan NGO Kebajikan membelanjakan sejumlah dana yang besar dalam pembangunan komuniti. Justeru, wajarlah perbelanjaan ini diatur pelan induknya dan strateginya.

Semoga RM1.00 sumbangan awam itu dimaksimakan potensinya, lalu memberi pahala maksima buat penyumbang.

BILAL JAILANI
Pengurus Besar Yayasan Ikhlas

RUJUKAN:
a) Dasar Komuniti Negara:
https://www.kpkt.gov.my/…/DASAR/DKN_2019_13022019.pdf
b) Ummah Fadhilah ISMA:
https://agm18.isma.org.my/ucapan-presiden-isma/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button