Dunia

Arab Saudi tarik balik sekatan perjalanan udara 11 negara

Negara terbabit masih perlu mematuhi prosedur kuarantin

RIYADH, 18 Syawal 1442H, Ahad – Arab Saudi menarik balik sekatan perjalanan udara dari 11 negara berkuat kuasa Ahad.

Negara terbabit adalah Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Jerman, Ireland, Itali, Portugal, United Kingdom, Sweden, Switzerland, Perancis dan Jepun.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik pekeliling terbaru Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA), langkah itu diambil susulan penilaian pihak berkuasa kesihatan mengenai keadaan epidemiologi yang stabil dan keberkesanan mengawal wabak di beberapa negara tersenarai.

GACA berkata mereka yang tiba dari negara terbabit masih perlu mematuhi prosedur kuarantin. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button