Berita UtamaDunia

Atas jenayah apa kanak-kanak Palestin dibunuh Zionis?

Rafif Ebu Dayir lukis bendera Turki sebelum maut dalam serangan negara haram

GAZA, 18 Syawal 1442H, Ahad – Rafif Ebu Dayir, 11, maut susulan serangan negara pengganas Israel di Gaza.

Ketika kejadian, kanak-kanak perempuan itu melukis bendera Turki sebelum dia terkorban dalam serangan tidak berperikemanusian Israel.

Kanak-kanak itu sedang makan tengah hari bersama keluarga di halaman rumah ketika sebuah pusat perniagaan berhampiran dibom.

Kesan pengeboman mengorbankan Rafif serta pakciknya, Ziyad Ebu Dayir.

Lukisan terakhir yang dilukis Rafif menggambarkan sebuah bangunan dirobohkan berhampiran rumahnya.

Seolah-olah meramalkan kematiannya, Dayir melukis bendera Turki bersama-sama bendera beberapa negara Arab.

Pakcik Rafif yang lain dikenali sebagai Halid Ebu Dayir memberitahu Anadolu Agency bahawa anak buahnya kehilangan nyawa tujuh hari sebelum ulang tahun.

“Dia memberitahu ayahnya bahawa dia ingin menjadi doktor dan merawat kanak-kanak,” katanya.

Mengingati serangan Israel baru-baru ini yang meragut 66 nyawa kanak-kanak, beliau berkata: “Saya bertanya kepada ‘negara Israel’, negara yang mengaku kononnya mempertahankan hak asasi manusia, untuk jenayah apa kanak-kanak ini dibunuh”. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button