Berita UtamaDunia

Himpunan pro-Palestin di Washington desak AS henti bantuan kepada Israel

Ahli politik yang terus biaya senjata kepada negara pengganas akan ditentang

WASHINGTON, 18 Syawal 1442H, Ahad – Ribuan menyertai demonstrasi menyokong rakyat Palestin serta mendesak supaya Amerika Syarikat (AS) menamatkan bantuan kepada negara haram Israel.

Demonstrasi diadakan di tangga Peringatan Lincoln pada Sabtu selepas gencatan senjata yang mengakhiri 11 hari pengeboman Israel di Gaza serta tembakan roket ke arah Israel.

Salah seorang peserta dikenali sebagai Sharif Silmi berkata, beliau berharap dapat menghantar mesej jelas kepada kerajaan AS bahawa hari-hari menyokong Israel tanpa kesan sudah berakhir.

“Kami akan menentang mana-mana ahli politik yang terus membiayai senjata kepada Israel.

“Kami akan mengundi menentang mereka, kami akan membiayai lawan mereka, hingga kami mengundi mereka keluar dari pejabat,” katanya ketika berdiri di hadapan orang ramai.

Beliau yang juga seorang peguam menegaskan bahawa ketika ini ada penentangan luas di AS terhadap bagaimana layanan Israel ke atas penduduk Palestin, yang disamakan dengan apartheid di Afrika Selatan.

Terdahulu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan negara pengganas Israel ke atas Gaza mengorbankan 248 rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, dan mencederakan lebih 1,900 orang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button