Berita Utama

Mufti Perak meninggal dunia

BANGI, 18 Syawal 1442H, Ahad – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak yang menulis hantaran berkaitan makluman berkenaan.

“Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria baharu sahaja meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang pada Ahad.

Dr Harussani meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Sebelum ini, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB, Perak akibat jangkitan COVID-19.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button