Dunia

Virus merebak cepat, PBB mahu pengeluaran vaksin digandakan

Tutup segera jurang antara negara kaya dengan berpendapatan rendah

GENEVA, 18 Syawal 1442H, Ahad – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu dunia menggandakan pengeluaran vaksin dengan dos yang lebih adil untuk mengurangkan kemarahan di beberapa negara.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Penyelesaian Global di Berlin, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, 1.7 bilion dos vaksin COVID-19 telah diedarkan di seluruh dunia, namun ia menggambarkan ketidaksamaan pengedarannya sebagai ‘skandal’. 

“Pertama sekali, 10 negara telah menggunakan 75 peratus vaksin yang diberikan, dan negara berpendapatan rendah hanya mendapat 0.3 peratus, benua Afrika satu peratus.

“Betapa adilnya akses global ke atas vaksin-vaksin ini. Jadi, ini jelas di utara global kita mempunyai beberapa negara yang melakukan vaksinasi pada kadar sepatutnya, sementara di selatan pula ketinggalan,” kata Gutteres. 

Katanya, risiko itu terbukti kerana virus merebak dengan cepat dan sering bermutasi.

Malah, beberapa mutasi itu telah menghasilkan virus yang lebih mudah untuk disebarkan, katanya. 

Guterres berkata, jika jurang antara negara-negara kaya dan miskin tidak ditutup dengan segera serta adil, tidak mustahil wujud masalah lebih buruk. 

“Justeru, sangat penting untuk kita menggandakan pengeluaran vaksin dan mesti diedarkan secara adil. 

“Kita perhatikan wujud vaksin nasionalisme, menyorokkan vaksin di peringkat kebangsaan, dengan banyak negara yang membeli tiga atau empat kali ganda daripada jumlah penduduk mereka,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button