Berita Utama

1,052,145 individu lengkap dos kedua vaksin COVID-19

Selangor dahului semua negeri lengkap terima dua dos: Dr Adham

BANGI, 19 Syawal 1442H, Isnin – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan seramai 1,052,145 individu telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 setakat semalam.

Beliau dalam kenyataan di Twitter berkata, seramai 1,860,864 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 adalah 2,913,009 setakat 30 Mei.

Berdasarkan laporan harian pemberian vaksin pada Ahad sahaja, seramai 38,524 individu selesai mendapatkan dos pertama, dan 22,937 lagi sudah lengkap dos kedua.

Dr Adham berkata, lima negeri tertinggi yang telah melengkapkan kedua-dua dos adalah Selangor dengan 139,427 dos, diikuti Sarawak (109,934), Perak (97,558), Kuala Lumpur (94,399) dan Johor (92,231).

Berdasarkan data yang dikongsikan beliau, 49.9 peratus atau 12,117,091 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin setakat Ahad.

Daripada jumlah, Selangor masih mendahului antara negeri yang menerima pendaftaran tertinggi iaitu 3,233,832, diikuti Johor (1,494,093), Sarawak (1,226,754) dan Kuala Lumpur (1,013,678).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button