Berita UtamaDunia

45 penduduk Palestin ditangkap dalam tempoh 3 hari

Rejim Zionis tahan 2,650 rakyat Palestin di Tebing Barat sejak 13 April

BAITULMAQDIS, 19 Syawal 1442H, Isnin– Rejim pengganas Israel terus bersikap tidak berperikemanusiaan apabila menangkap sembilan warga Palestin selepas satu serangan di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

Dalam kejadian semalam, Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata, tangkapan berkenaan dilakukan di bandar Jenin, Ramallah, Bethlehem, Hebron dan Baitulmaqdis Timur.

Tangkapan itu turut membabitkan seorang pemimpin kanan Jihad Islam, Adnan Khader.

“Sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin telah ditahan Israel di Tebing Barat sejak Jumaat,” katanya.

PPS menganggarkan bahawa rejim pengganas Israel telah menahan 2,650 rakyat Palestin di Tebing Barat sejak 13 April, dimana sebahagian besar daripadanya kemudian dibebaskan.

Pada masa sama, kumpulan hak asasi Palestin melaporkan kira-kira 4,400 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel, termasuk 39 wanita,115 kanak-kanak manakala 350 lagi adalah tahanan pentadbiran. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button