Berita Utama

Polemik kerajaan Perak, lantikan MB Selangor selesai: Anwar

Khabar angin jatuhkan kerajaan negeri bukan omong kosong, kata Saarani

KLANG, 1 Safar 1445H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran polemik berkaitan Kerajaan Perak telah selesai dan isu pelantikan Menteri Besar Selangor juga sudah dimuktamad.

“Kerajaan Perak ‘settled’ (selesai). Kerajaan Selangor pun ‘settled’ (selesai),” katanya ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan mengakui terdapat gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Saarani berkata, khabar angin mengenai gerakan menjatuhkan, seterusnya menukar pentadbiran kerajaan yang tersebar sejak beberapa bulan lalu, wujud dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

“Dalam pengetahuan kita, memang ada gerakan itu, bukan setakat mereka sekadar mengeluarkan kenyataan akhbar.

“Nampaknya mereka tak berpuas hati dengan keputusan PRN (Pilihan Raya Negeri) sebab dia mengharapkan jika Perikatan Nasional (PN) dapat merampas enam negeri bermakna dia nak gambarkan satu gelombang baru penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan, tetapi itu tak berlaku,” katanya.

Menerusi maklumat diperolehinya, Saadani berkata, gerakan itu didakwa masih berusaha memujuk, sekurang-kurangnya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan untuk menyokong PN sebagai pembangkang bagi memperolehi majoriti mudah membentuk kerajaan negeri.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan pelantikan Menteri Besar Selangor, wujud spekulasi bahawa Datuk Seri Amirudin Shari tidak akan dilantik ke jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua.

Ianya didakwa kerana PH gagal memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya negeri (PRN), baru-baru ini.

Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor itu didakwa gagal mendapat sokongan pengundi Melayu, biarpun berjaya mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.

Kerajaan campuran memenangi 34 kerusi DUN Selangor pada PRN Sabtu lalu, manakala PN memperoleh 22 kerusi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button