Berita UtamaDunia

Khianat pada Kashmir jika Pakistan jalin semula hubungan dengan India

Normalisasi hubungan dua hala jika status separa autonomi Kashmir dikembalikan

ISLAMABAD, 19 Syawal 1442H, Isnin – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menegaskan, hubungan dua hala dengan India tidak dapat kembali normal sehingga negara jiran itu mengembalikan status separa autonomi wilayah Kashmir yang dipertikaikan.

Dalam siaran langsung sesi soal jawab bersama orang ramai semalam, beliau menegaskan bahawa menjalin kembali hubungan dengan jiran timurnya akan “mengabaikan semua perjuangan mereka (Kashmir) dan lebih dari 100,000 penduduk Kashmir mati syahid”.

“Saya berusaha, sejak hari pertama selepas berkuasa, kita mempunyai hubungan dengan India dan masalah Kashmir diselesaikan melalui dialog,” katanya.

Beliau menambah jika Pakistan menormalkan hubungan dengan India sekarang, ia “akan melakukan pengkhianatan besar kepada rakyat Kashmir”.

Meskipun begitu, Khan mengakui bahawa pemulihan hubungan perdagangan dengan India akan menguntungkan ekonomi Pakistan.

“Tetapi ini akan mengabaikan keseluruhan perjuangan penduduk Kashmir dan sekitar 100,000 nyawa yang terkorban dalam perjuangan ini.

“Oleh itu, tidak mungkin kita memikirkan untuk meningkatkan perdagangan kita dengan India atas darah mereka (penduduk Kashmir). Itu tidak boleh berlaku,” tegasnya.

Pakistan ‘menurunkan’ tahap hubungan diplomatik dan mengantung hubungan perdagangan dengan New Delhi pada bulan Ogos 2019, ketika kerajaan nasionalis Hindu dipimpin Perdana Menteri, Narendra Modi melucutkan status khas Kashmir yang majoriti penduduk beragama Islam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button