Dunia

Menteri Israel ketuai serbuan puak ekstremis Yahudi di Al-Aqsa

Serangan berlaku ketika Tel Aviv, Palestin, Mesir bincang stabil gencatan senjata

BAITULMAQDIS, 19 Syawal 1442H, Isnin – Puak Yahudi dan ekstremis Israel terus mencetuskan ketegangan dengan sengaja menyerbu Masjid al-Aqsa pada Ahad, lapor Middle East Monitor (MEMO). 

Serbuan itu diketuai Menteri Perumahan Israel, Yaakov Litzmen bersama puluhan ekstremis Yahudi melalui pintu Al-Magharbeh dan Al-Silsila. 

Tindakan itu menyebabkan pasukan penjajah Israel menutup pintu Al-Magharbeh ekoran serbuan kumpulan ekstremis dan menteri pelampau. 

Serangan itu berlaku ketika Ketua Perisikan Mesir, Jeneral Abbas Kamel melakukan pertemuan dengan pejabat Israel dan Palestin untuk menstabilkan gencatan senjata antara kedua belah pihak. 

Ia juga selaras dengan kunjungan Menteri Luar Israel, Gabi Ashkenazi ke Kaherah bagi bertemu dengan rakan sejawatnya, Sameh Shoukry – yang juga sebahagian daripada rundingan menstabilkan gencatan senjata.

Bagaimanapun, pihak berkuasa pengganas Israel masih meneruskan dasar keganasan dan rampasan, termasuk membenarkan pelampau Yahudi menyerang Masjid al-Aqsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button