Berita Utama

Moratorium bernilai RM30 bilion akan manfaat 5 juta peminjam terjejas

Industri perbankan akan beri perincian berhubung perkara ini esok

KUALA LUMPUR, 19 Syawal 1442H, Isnin – Bantuan bayaran balik pinjaman dan moratorium bernilai sehingga RM30 bilion bermula Jun 2021 dijangka memanfaatkan lebih daripada 5 juta peminjam, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, hasil berbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) Industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

“Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan,” katanya semasa mengumumkan pakej bantuan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion, di sini, malam ini.

“Insha-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button