Berita Utama

Percepatkan vaksin guru sebelum buka sekolah

Minta kerajaan pertimbang calon SPM terima vaksin

BANGI, 19 Syawal 1442H, Isnin – Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru) mengesyorkan kepada kerajaan untuk mempercepatkan program vaksinasi kepada semua guru.

Saranan itu susulan bimbang nyawa warga pendidik dan pelajar terancam berikutan pembukaan sekolah kelak.

Selain itu, Presiden i-Guru, Ustaz Mohd Azizee Hasan turut berharap agar kakitangan sekolah serta calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipertimbangkan untuk menerima suntikan vaksin.

“Saya cadang semua guru divaksin, termasuk staf sokongan dan minta pelajar SPM dipertimbangkan meskipun syarat 18 tahun.

“Ini untuk keselamatan murid jika sekolah dibuka nanti atau pmbukaan untuk pelajar tahun peperiksaan,” katanya kepada Ismaweb.net.

Semalam, kadar jangkitan COVID-19 mencatatkan penyusutan sebanyak 22.4 peratus, iaitu 6,999 kes berbanding angka tertinggi, 9,020 kes kelmarin.

Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,477 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (616) dan Kelantan (612).

Sebanyak 91.3 peratus atau 6,385 kes positif dikesan dalam kalangan warga tempatan, manakala 8.7 peratus lagi atau 610 terdiri daripada rakyat asing.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button