Dunia

Lubnan gagal pilih presiden kali ke-3

55 undi kosong, 42 sokong ahli Parlimen antiHizbullah

BEIRUT, 24 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Parlimen Lubnan gagal memilih presiden buat kali ketiga pada Khamis, sekali gus mengheret negara itu kepada kebuntuan institusi di tengah-tengah krisis kewangan.

Seramai 119 daripada 128 ahli Parlimen bersidang selama satu setengah jam pada Khamis.

Peraturan pemilihan memerlukan dua pertiga ahli dewan, bermakna tiada satu parti atau perikatan boleh melaksanakan pengundian.

Pusingan pertama memerlukan dua pertiga undi untuk menang, namun jika itu gagal, majoriti mutlak undi sudah memadai.

Sesi pada Khamis menyaksikan 55 undi kosong, 42 untuk ahli Parlimen anti-Hizbullah, Michel Mouawad dan selebihnya lain-lain undi yang bersifat slogan politik.

Speaker Parlimen, Nabih Berri menetapkan sesi akan datang pada 24 Oktober ini.

Tempoh jawatan Michel Aoun sebagai presiden akan berakhir pada 31 Oktober ini dan perpecahan kekal dalam kalangan blok politik berhubung pembentukan kabinet baharu.

Lubnan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sepenuhnya sejak Mei. Jawatan presiden sudah beberapa kali kosong sejak Perang Saudara 1975-1990.

Kemelesetan kewangan Lubnan menyebabkan kemerosotan mata wang lebih daripada 90 peratus, sekali gus meningkatkan kadar kemiskinan dan melumpuhkan sistem kewangan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button