Berita UtamaDunia

Israel kemuka RUU baharu perketat kawalan sekolah Palestin

Pecat guru, kakitangan sokong perjuangan bersenjata negara musuh

TEL AVIV, 13 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Parlimen Israel (Knesset) mengemukakan dua rang undang-undang (RUU) yang menetapkan sekolah dan kakitangan Palestin di negara haram itu, di bawah pengawasan lebih ketat dalam perkhidmatan keselamatan serta perisikan.

Sekiranya RUU itu lulus, satu satu rang undang-undang yang dicadangkan pada Rabu memerlukan Kementerian Pendidikan menjalankan pemeriksaan keselamatan latar belakang ke atas guru.

RUU itu akan memberi kuasa kepada jawatankuasa – selepas pendengaran – untuk membatalkan pelantikan seorang guru atau memecat kakitangan sekolah jika mereka ‘dikenali dengan pertubuhan pengganas’ atau menyatakan sokongan terhadap perjuangan bersenjata negara musuh.

Ia juga memerlukan bakal guru membuktikan mereka tidak mempunyai ‘pertalian dengan keganasan’.

Rang undang-undang kedua pula menetapkan garis panduan lebih ketat yang akan menyukarkan untuk mendapat lesen mengajar.

Pelesenan sekolah akan bergantung kepada ketetapan sama ada mereka memenuhi ‘keperluan asas sistem sekolah Israel’.

Menurut Haaretz, Persatuan Hak Sivil di Israel berkata, langkah itu ke arah mengembalikan semula perkhidmatan keselamatan dalaman penyeliaan Shin Bet terhadap sistem sekolah Palestin di Israel – yang telah dihentikan pada 2005.

Sejak berkuasa awal tahun ini, kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memperkenalkan beberapa undang-undang yang bertujuan untuk ‘menyedapkan’ hati parti politik sayap kanan Israel.

Ini termasuk undang-undang yang melanggar hak rakyat Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button