Artikel Khas

Peluang sempurnakan iman dengan membantu

Peruntuk, asingkan beberapa peratus dari gaji bantu saudara yang memerlukan antara langkah pratikal

APABILA kerajaan mengumumkan PKP penuh bermula pada 1 Jun 2021 , kita kena akur ada di kalangan rakyat marhaen akan terkesan secara langsung. Bagi yang menyara hidup dengan pekerjaan sara hidup harian, pasti akan merasa berdebar untuk mengharung hidup hari-hari berikutnya.

2. Bayangkan situasi ‘wang yang ada di tangan hanya RM10 untuk menyara anak isteri menghadapi suasana tidak dapat mencari rezeki sesuap nasi untuk satu tempoh yang tidak diketahui’.

3. Di sinilah ujian juga bagi mereka yang berpendapatan tetap serta tidak terkesan dengan pandemik, begitu juga mereka yang mempunyai tabungan wang yang kukuh untuk sama-sama menghayati hadith Nabi ﷺ riwayat al Bukhari dan Muslim “Tidak sempuna iman salah seorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri”.

4. Antara langkah praktikal yang boleh kita laksanakan tanpa menunggu arahan mana-mana pihak ialah peruntukkan dan asingkan beberapa peratus dari gaji kita khusus untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.

5. Carilah saudara mara kita yang terdekat untuk kita mulakan memberi bantuan, jiran-jiran kita dan masyarakat sekeliling kita.

6. Gunakan kemudahan infaq secara online yang sangat mudah untuk sampai kepada pihak yang dibantu dan dapat menjaga kualiti infaq kita.

7. Bantulah dengan membeli barangan jualan yang ditawarkan dalam talian, tidak mengapa kita membayar lebih atau menghalalkan baki duit bayaran kita.

8. Begitu juga dengan adik-adik Grabfood, bayarlah perkhidmatan mereka dan lebihkan bayaran untuk duit saku mereka.

“SEMPURNAKAN IMAN KITA DENGAN MEMBANTU”

Datuk Ustaz Zamri Hashim
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button