Berita Utama

Semua kilang arak ditutup serta-merta

Kilang minuman keras tak termasuk dalam kategori keperluan asas

BANGI, 20 Syawal 1442H, Selasa – Semua operasi kilang minuman keras di seluruh negara ditutup secara serta-merta sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan hari ini bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai makluman, beliau berkata, semua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button