Berita UtamaDunia

China hukum penjara seumur hidup abang Presiden Uyghur Sedunia

Guna diplomasi secara tebusan ugut henti bantahan etnik Uyghur di luar negara

XINJIANG, 20 Syawal 1442H, Selasa – China menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Hushtar Isa, yang juga abang kandung kepada Presiden Kongres Uyghur Sedunia (WUC).

Presiden WUC, Dolkun Isa dalam satu kenyataan berkata, beliau kecewa terhadap hukuman berkenaan kerana abangnya hanya menjalankan tugas sebagai aktivis hak asasi manusia.

Sudah menjadi kebiasaan kepada China menghukum ahli keluarga dan saudara-mara aktivis yang melakukan bantahan di luar negara.

Setelah ibu bapa beliau meninggal dunia ketika berada dalam tahanan, Dolkun berkata, China menggunakan diplomasi secara tebusan sebagai ugutan menghentikan bantahan etnik Uyghur di luar negara.

Untuk rekod, Hushtar Isa mempunyai kelulusan dari Highway University di Xi’an pada 1996 sebelum bekerja di restoran dan sekolah memandu di Aksu.

Pada 2017, beliau ditangkap dan ditahan kerana dituduh melakukan hasutan keganasan.

Sejak China meningkatkan tindakan keras di Xinjiang pada 2016, lebih 250,000 orang disabitkan kesalahan dengan alasan tidak kukuh termasuk hasutan keganasan dan kebencian etnik. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button