Berita Utama

Rumah ahli ISMA Gombak musnah dalam kebakaran

ISMA Gombak mohon sumbangan ikhlas orang ramai

MERSING, 20 Syawal 1442H, Selasa – Rumah ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Gombak, Sakinah Md Amin musnah dalam kebakaran di Kampung Jemari, Pengkalan Batu di sini, malam tadi.

Kebakaran itu memusnahkan hampir 95 peratus rumah separuh kekal berkenaan selain sebuah kereta Perodua Kancil dan pacuan empat roda jenis Hilux musnah 90 peratus.

Difahamkan kejadian berlaku ketika Sakinah, 21, sedang berbuka puasa enam dengan ditemani ibu dan ayahnya kira-kira jam 7.15 malam.

Menurut saudara mangsa, Zuraida Mohd Shah kejadian dipercayai berpunca daripada lilin yang dipasang susulan berlaku gangguan bekalan elektrik ketika itu.

Berikutan itu, ISMA Gombak memohon kerjasama ahli untuk membuat kutipan sumbangan ikhlas serta menghebahkan perkara ini kepada orang ramai.

Sumbangan boleh dibuat kepada kepada akaun Maybank ISMA Gombak 564799105895 beserta rujukan Sakinah.

Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah pada 7.30 malam semalam.

Beliau berkata, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing dan Endau dengan kekuatan 16 anggota ke lokasi kejadian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button