Berita Utama

24,305 individu lengkap dos kedua vaksin pada 1 Jun

Pemberian vaksin secara keseluruhan kini sudah cecah 3,107,218

BANGI, 21 Syawal 1442H, Rabu – Seramai 24,305 individu telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ini bermakna, 1,104,873 individu di seluruh negara telah melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 setakat 1 Jun.

Beliau dalam kenyataan di Twitter berkata, seramai 2,002,345 individu sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin adalah 3,107,218 setakat Selasa.

Berdasarkan laporan harian pemberian dos vaksin, 74,484 individu menerima dos pertama dengan keseluruhan pemberian bagi kedua-dua dos adalah 98,789.

Pada masa sama, jumlah pendaftaran vaksin juga terus meningkat kepada 51.20 peratus atau 12,414,513 setakat hari yang sama.

Daripada jumlah itu, Selangor masih menjadi negeri tertinggi menerima pendaftaran vaksin dengan 3,299,145, diikuti Johor (1,533,936) dan Kuala Lumpur (1,031,908).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button