Dunia

COVID-19: Bangladesh lanjut sekatan di kem pelarian Rohingya

Penutupan ketat disambung hingga 6 Jun kecuali bagi perkhidmatan kecemasan

COX’S BAZAR, 21 Syawal 1442H, Rabu – Bangladesh melanjutkan sekatan yang dikuatkuasakan di beberapa kem utama pelarian Rohingya di Cox’s Bazar selama seminggu, di tengah lonjakan kes jangkitan COVID-19. 

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan mengenakan penutupan ketat selama 10 hari sehingga 31 Mei, ekoran peningkatan kes COVID-19 di kem pelarian yang penuh sesak di Cox’s Bazar.

Pentadbiran daerah memaklumkan bahawa lanjutan sekatan akan berkuat kuasa sehingga 6 Jun kecuali bagi perkhidmatan kecemasan.

Menurut Pejabat Pakar Bedah Cox’s Bazar, sekurang-kurangnya 10,214 orang disahkan positif COVID-19 di daerah itu, dan 111 kematian direkodkan.

Jumlah itu merangkumi 1,185 kes dan 16 kematian membabitkan pelarian Rohingya. 

Data rasmi di kemudahan kesihatan tempatan, terdapat 376 katil dan 10 katil unit rawatan rapi (ICU) yang dikhaskan untuk merawat pesakit COVID-19 di daerah itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button