Berita Utama

Malaysia, Singapura zahir komitmen terus kerjasama pertahanan

Ia disuarakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Dr Ng Eng Hen

KUALA LUMPUR, 21 Syawal 1442H, Rabu – Malaysia dan Singapura akan meneruskan kerjasama rapat di dalam bidang pertahanan menerusi angkatan tentera masing-masing biarpun berhadapan cabaran pandemik COVID-19 pada masa ini.

Komitmen kerjasama itu disuarakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa perbualan telefon beliau dengan rakan sejawatnya dari Singapura Dr Ng Eng Hen.

“Kedua-dua menteri menzahirkan komitmen mereka kepada kedua-dua angkatan tentera, terutama Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Bersenjata Singapura untuk terus bekerjasama rapat biarpun berhadapan dengan cabaran situasi pandemik COVID-19 masa ini,” menurut hantaran Kementerian Pertahanan dalam laman Facebook rasminya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button