Berita Utama

PDRM umum pertukaran 4 pegawai kanan

Antaranya Timbalan Ketua Staf Operasi Darat (ESSCom), ACP R Shivananthan

KUALA LUMPUR, 21 Syawal 1442H, Rabu – Timbalan Ketua Staf Operasi Darat, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Kementerian Dalam Negeri, ACP R. Shivananthan antara empat pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 1 Julai depan.

Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman Supt Skandaguru Anandan dalam kenyataan hari ini memaklumkan Shivananthan dilantik sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), Bahagian Pentadbiran, Jabataan Pengurusan Bukit Aman.

Pertukaran lain melibatkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Sarawak ACP Zulfikar Mohd Ghazali yang dilantik sebagai Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Kuching Sarawak.

Zulfikar akan menggantikan ACP Shamsol Kassim yang akan dilantik sebagai Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Batu Uban, Pulau Pinang.

Supt Pengajian Pencegahan Keganasan, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Supt S.Balasundaram pula akan dilantik sebagi Timbalan Ketua Staf Operasi Darat, ESSCom Kementerian Dalam Negeri dengan memangku pangkat ACP. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button