Berita UtamaPendapat

Nasib rakyat, masa depan negara diperjudi para politikus

Parti politik Melayu muslim bercakaran, kelompok bukan Islam ambil kesempatan

MELIHAT kepada perkembangan politik semasa, nasib rakyat dan masa depan negara kini bagaikan bahan uji kaji dan komoditi yang sedang diperjudikan oleh keserakahan hawa nafsu dan tamak haloba para politikus untuk berkuasa, merampas kuasa dan mengekalkan kuasa.

Akhlak, kejujuran, keikhlasan, tanggungjawab, semangat cintakan tanah air dan mengutamakan maslahat bangsa, agama dan negara semuanya telah di”longkang”kan, tanpa rasa bersalah atau berdosa sedikit pun.

Parti-parti politik yang telah sejak puluhan tahun mendominasi pentadbiran dan urusan negara sudah tamat tempoh khidmat bakti mereka.

Parti-parti ini dan para pemimpinnya perlu di”pencen”kan dari melakukan lebih banyak kerosakan dan kemudaratan kepada rakyat dan negara serta mukabumi Malaysia tercinta.

Satu kelompok dari parti-parti politik Melayu muslim asyik bercakaran dan saling cuba menjatuhkan antara satu sama lain, manakala kelompok lain dari kalangan parti-parti bukan-Islam yang rasis dan cauvinis sedang megambil kesempatan dan sebanyak-banyak peluang dari persengketaan di atas.

Terdapat juga tukang-tukang hasut dan para pengkhianat dari dalam dan luar negara yang tidak ingin melihat Malaysia menjadi stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni dan sejahtera.

Rakyat, umat dan bangsa perlu memberi kata putus dan amaran kepada semua makhluk perosak ini.

Kamu semua telah menjadi barah yang perlu dibuang.

Pergi berambuslah dengan segala penipuan, pembohongan, kepura-puraan, janji manis dan sifat hipokrit serta pengkhianatan kamu semua.

Kamu telah berkali-kali gagal ujian. Itupun masih berlagak sombong dan angkuh.

Kami akan usir kamu semua satu masa nanti.

Jangan kembali lagi!

Mohd Luttfi Abd Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button