Berita UtamaIstimewa

Tutup kilang arak: MITI perlu telus jangan ada pilih kasih

Jangan undang murka Allah biarkan kilang arak, pusat judi beroperasi

BANGI, 21 Syawal 1442H, Rabu – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu bersikap profesional dan telus dalam memberikan kelulusan beroperasi kepada sektor-sektor kritikal tanpa ada dasar pilih kasih.

Apatah lagi, melalui persetujuan ‘belakang’ yang mendorong untuk memberikan kelulusan beroperasi kepada sektor yang tidak sepatutnya seperti kilang arak dan perjudian, kata Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Mohd Noor Azib Asmangi.

Beliau berkata, orang ramai khususnya umat Islam menolak sebarang kebenaran operasi kilang arak ketika fasa sekatan penuh seperti yang didakwa dalam surat tular dikeluarkan MITI, baru-baru ini.

Ini kerana, katanya, arak bukanlah termasuk dalam perkara asas yang wajar walaupun ia berada di dalam sektor makanan dan minuman.

“Dalam keadaan negara kita dilanda ujian wabak COVID-19 ini, janganlah pula mengundang kemurkaan Allah dengan membiarkan kilang arak beroperasi.

“Begitu juga dengan pusat-pusat perjudian seperti Genting Highlands seperti dilaporkan baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, tular surat kebenaran MITI yang membenarkan kilang Carlsberg Brewery Malaysia Berhad meneruskan operasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh fasa pertama.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa semua kilang minuman keras di seluruh negara diarah tutup serta-merta sepanjang tempoh ini.

Katanya, walaupun kilang-kilang berkenaan berasaskan makanan dan minuman, namun ia tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

Mengulas perkara itu, Mohd Noor Azib menyifatkan tindakan menutup operasi kilang arak sebagai wajar dan sangat dialu-alukan oleh semua pihak.

“Kepada mereka yang terjejas pekerjaan disebaban PKP 3.0 ini, kita harap mereka akan bersabar dan bertahan untuk seketika sehinggalah jangkitan wabak in dapat dibendung.

“Mudah-mudahan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat sedikit sebanyak mengurangkan kesulitan mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button