Berita Utama

Zahid ucap takziah kepada keluarga Ramesh Rao

Pegawai Khas TPM meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

BANGI, 21 Jamadilakhir 1444H, Sabtu – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao yang dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan seluruh warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ramesh Rao a/l Krishna Naidu, Pegawai Khas yang meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.

“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapai dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau menghargai khidmat bakti dan jasa mendiang kepada masyarakat dan negara sebelum dan semasa Ramesh berkhidmat.

Ramesh yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Beliau dikenali kerana aktif memperjuangkan kebajikan masyarakat di negara ini terutamanya kaum India.

Sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), beliau pernah bergiat dalam politik bersama DAP.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button