Berita UtamaPendapat

Jangan main pintu belakang

MICC bodoh pertikai arahan tutup kilang arak

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob,
Betul, jangan main pintu belakang.

1. Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri telah mengeluarkan kenyataan dan arahan yang sangat jelas supaya semua kilang-kilang arak di seluruh negara ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

2. Ia dilakukan atas sebab dan justifikasi yang mudah. Operasi kilang arak bukan tergolong dalam ‘essential service’ dan arak tidak termasuk dalam kategori minuman keperluan asas rakyat.

3. Yang peliknya, bagaimana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah kepimpinan Datuk Seri Azmin Ali boleh mengeluarkan surat kebenaran kepada kilang arak yang tersohor di Shah Alam untuk beroperasi?

4. Adakah pegawai kementerian beliau terlepas pandang? Atau beliau sendiri yang tersilap? Atau ada tangan-tangan ghaib yang memainkan peranan dalam polemik ini?

5. Kenyataan ‘bodoh’ Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) yang mempertikaikan arahan Menteri Kanan Keselamatan dan mengatakan ianya adalah satu diskriminasi dapat memberikan kita gambaran siapa sebenarnya yang dimaksudnya dengan tangan-tangan ghaib tersebut.

6. Saya berharap Datuk Seri Azmin bertindak tegas memperbaiki kesilapan ini dan bersatu hati dengan barisan kabinet yang lain dalam hal ini

7. Jangan terpengaruh dengan desakan kapitalis ekonomi yang cauvinist. Jangan main pintu belakang!

Nampak apa yang saya pegang tu? Fikir-fikirkan.

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button