Berita UtamaDunia

Sudah tiba masa Netanyahu ‘tersingkir’

Naftali Bennett akan ambil jawatan Perdana Menteri?

TEL AVIV, 22 Syawal 1442H, Khamis – Sekumpulan pembuat undang-undang pembangkang memberitahu Presiden Israel, Reuven Rivlin, mereka bersetuju syarat pembahagian kuasa kerajaan yang akan menggantikan Benjamin Netanyahu sebagai perdana menteri untuk pertama kalinya dalam 12 tahun.

Langkah itu dengan membuat undian dalam susunan oleh Parlimen penuh Israel, mungkin dalam seminggu hingga 12 hari.

Bekas Menteri Pertahanan, Naftali Bennett akan menggantikan Netanyahu sebagai perdana menteri selama dua tahun, menurut pemberitahuan rasmi.

Selepas itu, pemimpin pembangkang Pusat Yair Lapid akan mengambil tempat teratas.

Kedua-dua pemimpin parti itu berada di kemuncak untuk memperoleh gabungan majoriti bagi mengalahkan Netanyahu apabila serangan tercetus bulan lalu antara Israel dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Ketika beberapa pemerhati politik pada awalnya berkata, Perdana Menteri akan mendapat keuntungan dari serangan dan kemungkinan dapat menangkis cabaran pembangkang, rundingan antara Lapid dan Bennett kembali dipercepat selepas gencatan senjata.

Bennett pada Ahad lalu memberitahu bahawa beliau bersedia untuk bergabung dengan gabungan anti-Netanyahu.

Pejabat Rivlin berkata, Lapid menyampaikan pemberitahuan rasmi pada jam 11.22 malam.

Lapid melaporkan kepada Rivlin bahawa gabungan parti-parti kecil memiliki suara yang cukup untuk menang majoriti sempit di Parlimen 120 kerusi, yang disebut Knesset.

Undian Parlimen akan dijadualkan oleh Speaker Yariv Levin, anggota parti Likud Netanyahu.

Levin dijangka menundakan proses itu hingga saat terakhir bagi memberikan lebih banyak masa kepada pihaknya untuk memanfaatkan ketegangan dalam gabungan baru itu dan menggagalkan perjanjian tersebut.

Pakar undang-undang berkata, bahawa pengundian mungkin akan berlaku dalam 12 hari.

Meskipun gabungan yang memerintah sekarang bersedia untuk mengambil alih kuasa di Israel merupakan gabungan ideologi, mereka sebulat suara bersetuju: Sudah tiba masa Netanyahu pergi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button