Dunia

Lebih 200 pendatang negara haram serbu Kompleks Al-Aqsa

Mereka berkeliaran di perkarangan masjid sebelum meninggalkan kawasan tersebut

BAITULMAQDIS, 23 Syawal 1442H, Jumaat – Seramai 215 pendatang Israel pada Khamis menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Menurut Agensi Anadolu Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis dalam satu kenyataan berkata mereka yang dikawal polis Israel menyerbu Haram al-Sharif dari Gerbang Al-Maqaribe (Maghribi), di bahagian barat daya masjid.

Selepas berkeliaran di perkarangan masjid, mereka kemudiannya meninggalkan kawasan masjid itu.

Polis Israel mula membenarkan penempatan pendatang pada 2003, walaupun menerima kecaman Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button