Berita Utama

Aidilfitri: Hanya 10 peratus anggota, pegawai PDRM Terengganu dibenar cuti

Kenal pasti lokasi jadi tumpuan ramai terutama malam raya

BANGI, 23 Ramadan 1443H, Isnin – Hanya 10 peratus daripada 3,200 anggota dan pegawai polis di Terengganu dibenarkan bercuti sempena sambutan Aidilfitiri, tidak lama lagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, menerusi kekuatan yang, pihaknya akan memberikan tumpuan terhadap penugasan sepanjang sambutan berkenaan termasuk rondaan cegah jenayah dan kawalan aliran trafik.

“Hanya 10 peratus sahaja dibenarkan untuk cuti secara bergilir sesuatu masa makna terpulang kepada kebijaksanaan ketua jabatan dan ketua polis daerah masing-masing untuk mengatur penugasan.

“Baki selebihnya akan berada dalam mod bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuti panjang menyambut perayaan,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Rohaimi berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti dan akan menjalankan rondaan serta pemantauan di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

“Hujung bulan ini orang ramai sudah mula pulang untuk bercuti menyambut Aidilfitri di kampung halaman disebabkan 1 Syawal bersambung dengan cuti umum hari pekerja pada 1 Mei,” katanya.

Tahun ini adalah perayaan Aidifitri pertama selepas hampir dua tahun tiada sambutan meriah, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas negara berdepan COVID-19.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button