Berita UtamaDunia

‘Tribunal Uyghur’ dengar keterangan saksi tuduhan genosid oleh China

Seorang wanita meninggal dunia selepas jalani pensterilan paksa

LONDON, 23 Syawal 1442H, Jumaat – Tribunal rakyat berpusat di London – yang menyiasat sama ada perlakuan China terhadap penduduk minoriti Uyghur sebagai genosid – ketika ini mendengar keterangan saksi.

Seorang saksi menggambarkan keadaan dan kekejaman di kem di wilayah China barat laut Xinjiang dengan berkata, seorang wanita telah meninggal dunia selepas menjalani pensterilan paksa.

Sembilan juri ‘Tribunal Uyghur’ yang berpusat di United Kingdom (UK), termasuk peguam dan pakar hak asasi manusia, mengadakan sesi pertama dari dua sesi bukti dan berhasrat untuk menerbitkan laporan pada bulan Disember sama ada China bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai.

“Tuduhan yang dibuat terhadap RRC (Republik Rakyat China) sangat berat,” kata Pengerusi Tribunal, Geoffrey Nice pada pembukaan sesi pertama empat hari, menjelaskan bahawa ia termasuk banyak pelanggaran deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia.

Badan itu tidak bersekutu dengan mana-mana kerajaan, walaupun begitu China menolak untuk mengikutinya bahkan menyelarnya sebagai ‘mesin yang menghasilkan penipuan’ sekali gus menjatuhkan sekatan ke atas Nice – bekas pendakwa jenayah perang PBB – serta yang lain terlibat.

Namun begitu, penasihat tribunal berkata, kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Australia telah menawarkan untuk memberi bahan yang relevan bagi menambahkan lagi ribuan halaman bukti dokumentari yang disusun.

Ia ditubuhkan atas permintaan Kongres Uyghur Dunia, kumpulan terbesar yang mewakili Uyghur, yang melobi masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan terhadap China atas tuduhan penyelewengan di Xinjiang.

Bagaimanapun Nice dan rakan sejawatnya berjanji bahawa panel itu tidak berat sebelah dan diketuai dengan bukti. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button