Pendapat

Mahukah 10 orang terkaya di Malaysia menyumbang ketika COVID-19?

Inilah masa buktikan taat setia kepada negara ketika krisis melanda

1. KETIKA majoriti rakyat sangat terdesak dan menderita teruk dari segi ekonomi disebabkan pandemik COVID-19, tahukah anda ada segolongan manusia yang menjadi semakin kaya raya disebabkan musibah ini.

2. Di peringkat dunia, kekayaan Jeff Bezos, Mark Zuckerberg dan Bill Gates semakin mencanak naik sejak tahun lepas, 2020. Begitu juga dengan Elon Musk, Warren Buffer dan Bernard Arnault.

3. Manakala di Malaysia, Forbes mencatatkan peningkatan jumlah kekayaan 50 individu terkaya di negara kita sebanyak 14% dari USD79 billion pada tahun 2020 kepada USD90 pada tahun 2021.

4. Hartalega Holdings Bhd (pengeluar sarung tangan getah dunia) sebagai contoh mencatatkan prestasi luar biasa pada suku keempat yang berakhir 31 Mac 2021 dengan keuntungan mencecah RM1.2 billion (meningkat 12%).

5. Pengasas dan pengerusi syarikat ini, Kuan Kam Hon kini berada di tangga ke-7 orang terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan USD3.8 billion.

6. Jika anda telah lupa, 10 orang terkaya di Malaysia semuanya bukan Melayu (9 berbangsa Cina dan seorang India).

7. Ketika barisan Kabinet yang merupakan majoriti Melayu telah memotong tiga bulan gaji, kemudian diikuti dengan potongan elaun penjawat awam yang juga majoriti Melayu, rakyat amat mengharapkan sumbangan yang lebih daripada para billionnaires negara yang didominasi oleh bangsa Cina.

8. Inilah masanya bagi mereka membuktikan taat setia dan sumbangan besar kepada negara ketika krisis melanda.

9. Jika masing-masing menyumbangkan hanya 1% dari kekayaan mereka, kita akan berjaya mengumpulkan USD0.9 billion (RM3.6 billion) bagi membantu golongan miskin dan para peniaga kecil dan sederhana yang sedang berjuang mencari sesuap nasi bagi menyara keluarga masing-masing.

10. Mampukah mereka? Mahukah mereka?

Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button