Berita UtamaPendapat

Cukuplah pilih pemain naturalisasi wakili skuad negara

Mengapa De Paula tidak lagi perlu berada dalam skuad kebangsaan?

1.PERSEMBAHAN mengecewakan dalam perlawanan terakhir menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan tidak ada kelebihan ketara pun berbanding pemain sejati yang dilahirkan di Malaysia.

2. Bermain dengan cukup bersahaja dan tiada semangat juang berbanding apabila pemain berdarah Malaysia diturunkan. Apabila mereka dipanggil menyertai skuad negara, mereka akan membawa nama negeri, daerah,kampung, sekolah dll menjadikan semangatnya melambung tinggi. Sudah tentu tidak bagi kuda tua berusia 34 tahun kelahiran Brazil ini.

3. Kehadiran pemain sepertinya menyekat bakat tempatan yang sedia ada, menyebabkan pemain muda yang laju dan menyinar seperti Lukman Hakim hanya memanaskan bangku simpanan.

4. Persembahannya yang mengecewakan menjatuhkan semangat pemain lain, dan meruntuhkan semangat juang pasukan dan penyokong.

5. Dan yang paling tidak boleh diterima, tubuhnya penuh bertatoo, langsung tidak menggambarkan nilai seorang pemain berasal dari Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Apa ertinya menang dan layak pun ke Piala Dunia jika diwakili pemain seperti ini.

5 sebab ini sudah cukup untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhenti mengambil pemain naturalisasi. Jika betul ingin ke Piala Dunia, bangunkan semula akademi bola sepak dari peringkat sekolah rendah hingga melahirkan wira-wira negara lampau seperti Mokhtar Dahari, Dollah Saleh dan Hasan Sani.

Bukan mengambil jalan pintas dengan menggunakan pemain naturalisasi yang pada hakikatnya tidak memiliki semangat patriotisme dan keinginan menang demi negara. Mungkin lirik Negaraku pun mereka tidak hafal.

Sekadar pemerhatian yang boleh dikaitkan dengan pelbagai lagi agenda nasional. Atau apakah ini petanda Malaysia sudah langsung hilang agenda nasional yang ingin diperjuangkan dan sekadar menempel agenda orang lain?

Ustaz Haji Omar Kassim
Mantan Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button